5 ATLET WANITA BERHIJAB YANG MENCIPTA NAMA DI PERSADA DUNIA

Mengikut peredaran zaman terkini, berhijab tidak lagi menjadi satu halangan untuk para atlet wanita melakar nama di persada dunia.

Bukan itu sahaja, para atlet wanita berhijab juga membuktikan yang mereka mampu meraih kemenangan dan mengharumkan nama Negara mereka walaupun ada tentangan daripada pihak yang kurang berpuas hati terutamanya atlet di negara yang mempunyai ransangan islamophobia yang kuat.

Setiap atlet mempunyai pakaian yang telah diubahsuai supaya lebih menjaga aurat dan patuh syariah.Kita juga boleh lihat bahawa menutup aurat tidak menjejaskan prestasi mereka.

Nak tahu apa pencapaian yang telah mereka perolehi?

Jom kita lihat prestasi 5 atlet wanita berhijab yang boleh kita banggakan.

1 #Australia,Stephanie kurlow

Stephanie Kurlow,anak kelahiran Sydney (15). Kini menjadi topik hangat diseluruh dunia kerana menjadi Muslimah pertama yang melakar nama dalam bidang sukan tarian balet. Stephanie telah berjinak dalam bidang ini sejak berusia 2 tahun dan telah di sokong baik oleh keluarga beliau.

Stephanie berkata, “Latihan balet ini tidak menganggu saya untuk terus belajar mengenali Islam” walaupun pernah berhenti seketika dalam tarian balet,Stephanie telah membuat keputusan untuk melanjutkan kariernya untuk mencapai cita-cita yang telah lama diimpikan.

Di atas pencapaiannya yang hebat, Stephanie telah berjaya mendapatkan baisiswa dari salah satu institusi Olahraga yang terkenal di Sweden.

 

2 #Turki,Kubra Dagli

Sukan Taekwando antara satu sukan yang terkenal di mata dunia.Kubra Dagli yang memiliki wajah yang cantik dan berdarah Arab ini merupakan seorang Juara Pingat Emas dalam kejuaraan Taekwando dunia pada tahun 2016.

Meskipun berhijab,Kubra berpendapat bahawa berhijab bukanlah menjadi satu halangan untuk wanita Muslimah mencuburi diri dalam sukan lasak atau seni mempertahankan diri.

Sekaligus,pencapaiannya itu telah menjadi satu kebanggaan buat Negara beliau dan telah menjadi inspirasi anak-anak muda untuk terus berjuang demi mencapai cita-cita mereka.

 

3 #Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad

Nama yang tidak asing lagi, Ibtihaj Muhammad merupakan atlet lawan pedang yang berasal dari Amerika Syarikat. Berusia 30-an dan mula dikenali selepas menyertai Sukan Olimpik di Rio dan memenangi pingat gangsa. Ibtihaj membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu bersaing dalam sukan Elit.

Di atas kejayaannya Sebuah syarikat iaitu Syarikat Mattle telah melancarkan anak patung barbie berhijab bagi memberi penghormatan pada atlet lawan pedang ini.

Tujuan patung itu dihasilkan agar menjadi inspirasi buat kanak-kanak perempuan bahawa tiada yang mustahil selagi kita terus berusaha untuk Berjaya.

 

4 #Mesir,Doaa Elghobashy

“Walaupun saya berhijab,pihak lawan tetap menghormati saya dan saya juga menghormati mereka” ujar Doa Elghobashy Pemain Bola tampar dari Mesir. Doaa berpendapat dengan berhijab dan mengenakan jersi lengan Panjang dan bertutup bukanlah menjadi penghalang buatnya.

Dia dan pasangannya Nada telah memperolehi Kejuaraan dalam sukan Olimpik di Afrika pada tahun 2016 dan pernah memenangi Piala The African Volleyball Confederation(CAVB) 2017.

 

5 #UAE,Zahra Lari

Minat yang mendalam pada sukan luncur ais membuatkan dia terus berjuang untuk menjadi atlet peluncur ais Muslimah yang terkenal dan Berjaya di mata dunia.Zahra Lari, telah mula berlatih sejak berusia 11 tahun lagi, baginya untuk berjaya memerlukan usaha yang kuat dan semangat yang tinggi.

Kebiasaannya para atlet luncur ais ini sering mengenakan pakaian yang mengikut potongan bentuk badan dan dihiasi dengan manik-manik yang cantik untuk menarik perhatian juri dan penonton, manakala, Zahra Lari pula mengayakan pakaian yang sopan dan menutup aurat,sekali gus, telah mencipta kelainan tersendiri dalam sukan Luncur ais.

Jadikan ini sebagai sumber inspirasi buat kita semua, tiada apa yang boleh menjadi penghalang untuk kita terus maju kehadapan. hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.